KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk empat pemain import muda dari Korea Selatan menyertai pasukan itu, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.
Presiden KDNFC Rozi Muhamad berkata empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim, 20, dan Ahoe Koo, 22, kedua-duanya pemain pertahanan, serta Bae Kyeong Hwan, 22, (penyerang) dan Jung Byung Ju, 21, (tengah).
Beliau berkata kesemua pemain tersebut telah menandatangani kontrak selama semusim bersama KDNFC semalam, bagi memperkuatkan pasukan Liga Super dan Piala MFL.
"Kita memilih empat pemain ini, bukan sahaja untuk bersaing di kejohanan tertinggi Liga-M terutamanya Liga-Super, malah membolehkan pasukan bawah 23 tahun KDNFC turut bersaing hebat dengan pencabar yang lain," katanya dalam kenyataan semalam.
Rozi berkata Ri-Gwan Kim merupakan bakat muda dalam Liga Korea, selepas menamatkan karier remaja B-18 Daegu FC.
"Tiga lagi pemain juga masih muda, namun memiliki karier sangat baik ketika pembentukan bakat bersama kelab di negara mereka.
"Menyertai KDNFC musim merupakan pengalaman pertama mereka beraksi di luar negara, kecuali Ahoe Koo yang telah bermain dalam bola sepak di Jepun sejak musim 2018," katanya.
Rozi berkata pemilihan pemain itu dilakukan atas nasihat jurulatih yang dilantik sewaktu pihak kelab berada di Korea Selatan bulan lalu.
"Kehadiran mereka akan menjadikan KDNFC lebih mantap serta berdaya saing pada saingan musim baharu nanti.
"Kita bakal menerima beberapa lagi import pada akhir Mac dan awal April ini, dalam rangka persiapan rapi menuju perlawanan pembukaan Liga Super pada Mei depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Rozi berkata pemilihan pemain itu dilakukan atas nasihat jurulatih yang dilantik sewaktu pihak kelab berada di Korea Selatan bulan lalu. - Foto Facebook KDNFC
AWANI Tonight: Police investigating whether recent attacks are connected
Police are investigating several attacks targeting important national institutions to determine whether they were random acts or part of a coordinated plan, says Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Tonight: Five days’ mourning in Iran after President killed in helicopter crash
Iran has declared five days of public mourning for President Ebrahim Raisi after he and other officials died in a helicopter crash in a mountainous area in the north-west of the country.
AWANI Ringkas: Ugut Teresa Kok, polis rakam keterangan dua saksi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Unjuran siling kemasukan pekerja asing tidak lebih 15 peratus akan dicapai hujung tahun
Unjuran siling kemasukan pekerja asing iaitu tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara seperti yang ditetapkan Kementerian Ekonomi akan dapat dicapai sebelum 31 Dis tahun ini.
Kerajaan setuju perluas skim keilatan kepada pekerja warga asing
Kerajaan bersetuju memperluaskan skim keilatan kepada pekerja warga asing yang bekerja di negara ini, bagi memastikan kebajikan golongan itu turut dilindungi.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
Cuba elak sekatan polis, dua maut akibat motosikal bertembung
Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung ketika cuba melarikan diri dari sekatan Operasi Samseng Jalanan.
Jasad Presiden Ebrahim Raisi dan mangsa lain dibawa ke Tabriz
Operasi mencari dan menyelamat berskala besar berakhir apabila jenazah dihantar ke sebuah lokasi di wilayah Azerbaijan Timur.
[KRONOLOGI] Ebrahim Raisi Maut Helikopter Terhempas
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Ebrahim Raisi maut helikopter terhempas.
Presiden baharu Taiwan gesa China hentikan intimidasi
Lai Ching-Te selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Taiwan pada Isnin dan berikrar mengekalkan dasar luar terhadap China.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan
Empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim dan Ahoe Koo, kedua-duanya pemain pertahanan, Bae Kyeong Hwan (penyerang) dan Jung Byung Ju (tengah).
KDNFC bakal guna khidmat ketua jurulatih import
Presiden KNDFC berkata ketua jurulatih import itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan digandingkan bersama jurulatih tempatan lain.